Tafsir mimpi menurut islam - Tempat Belajar Blog
Headlines News :
Home » » Tafsir mimpi menurut islam

Tafsir mimpi menurut islam

Written By H@ERUDDIN on Minggu, 01 Juli 2012 | 12.35.00

ANGGOTA KELUARGA 
o Anggota Keluarga: Bermimpi mempunyai anak lelaki yang remaja bererti kemegahan dan kekuatan bagi anda. Perempuan yang bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa bererti satu kebaikan yang akan datang. 

ALLAH S.W.T.:

* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berdiri di hadapan Allah S.W.T. dan Allah memandang kepadanya, maka mimpi itu merupakan mimpi rahmat jika yang bermimpi itu orang salih. Tetapi kalau yang bermimpi itu bukan orang salih, maka itu merupakan peringatan."

BERTELANJANG 

o Bertelanjang: Bermimpi kehilangan sebahagian pakaiannya atau barang-barang di rumah bermakna akan hilang sebahagian hartanya. Bermimpi seolah-olah akan menanggalkan kasut bermakna anda akan berpisah dengan isteri atau pembantu anda.

BINATANG 

o Binatang: Bermimpi suara singa bererti takut kepada raja yang zalim, bermimpi suara kuda bermakna anda akan mendapat pemberian dari lelaki yang mulia, bermimpi suara kulit ular bererti menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya, bermimpi percakapan burung bermakna baik dan ialah satu petanda bahawa orang yang bermimpi bertambah mulia, bermimpi suara kucing menunjukkan memalukan pembantu yang pencuri. 

DARAH 

o Darah: Darah yang keluar dari hidung, jika ia banyak cair, bermakna harta yang berpanjangan. Jika ia kental, bermakna keguguran kandungan (anak). Jika dia lihat darah itu mengotori pakaiannya bermakna dia akan mendapat harta yang tidak baik dan akan melakukan dosa. Jika darah itu tidak mengotori pakaiannya bererti dia akan keluar dari dosanya (terampun dosanya). 

DIKEJAR 

o Dikejar: Bermimpi diikuti oleh orang pemuda bermakna anda akan berjumpa dengan musuh. 

GIGI 

o Gigi: adapun gigi maknanya adalah keluarga rumah tangga lelaki. Maka gigi sebelah atas adalah keluarganya yang lelaki dan sebelah bawah keluarga yang perempuan.
o Gigi yang goyang: jika sebahagian gigi goyang, menunjukkan ada yang akan berpenyakit. Gigi yang jatuh dan hilang menunjukkan kematian atau hilang buat selama-lamanya.

HAJI DAN UMRAH:

* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Sesiapa yang melihat dia pergi mengerjakan haji pada musimnya, maka kalau dia belum haji akan dapat mengerjakan haji, kalau dia sedang sakit akan sembuh, kalau dia mempunyai hutang akan dapat membayar hutangnya, kalau dia sedang ketakutan dia akan merasa aman, kalau dia miskin akan menjadi kaya, kalau dia musafir akan selamat, kalau dia telah digulingkan atau ditendang akan kembali mendapat jawatan, kalau dia sesat akan mengetahui arah dan petunjuk dan kalau dia dalam kesusahan akan mendapat kelapangan."

Orang yang melihat pergi mengerjakan haji tetapi sudah habis waktunya, maka kalau dia seorang pemimpin akan digulingkan, kalau dia peniaga akan merugi, kalau dia musafir akan terkandas di perjalanan, kalau dia sihat akan berpenyakit.

Orang yang melihat seolah-olah dia mengerjakan haji atau umrah bererti panjang umurnya dan tetap pendiriannya. Orang yang bermimpi tawaf di Baitullah akan mendapat jawatan yang mulia. Orang yang bermimpi tawaf di atas tunggangan bererti dia menyetubuhi wanita yang sedang ihram.

JIN 

o Jin: Orang yang bermimpi bertukar menjadi jin bererti kuat tipu dayanya. Melihat sihir jin dalam tidur menunjukkan tipu daya. Bermimpi melihat jin, pada asalnya mereka adalah kelompak yang suka mengajak manusia berkhayal dan menipu manusia. 

KUCING 

o Kucing: mendengar suara kucing bererti memalukan pembantu yang mencuri. 

MALAIKAT:

* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Melihat malaikat dalam tidur, jika malaikat itu yang dikenal dan dalam keadaan bergembira, maka akan berlaku sesuatu bagi orang yang bermimpi. Sesuatu yang dimaksudkan itu termasuklah kemegahan, kekuatan, berita menggembirakan, mendapat pertolongan setelah dizalimi, sembuh, setelah berpenyakit, tenteram setelah dalam ketakutan, kaya setelah miskin, bergembira setelah menderita, dapat menghajikan kawannya atau dia syahid dalam peperangan."

MATI 

o Mati: Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Melihat seolah-olah anda mati, kemudian anda hidup lagi, bererti anda mempunyai dosa kemudian anda bertaubat. 

MAYAT 

o Mayat: Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangisnya, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya. Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta. 

MUHAMMAD S.A.W.:

* Dari Sa'id bin Qais, dari ayahnya, katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: "Tidak masuk neraka orang yang melihat aku dalam tidurnya."

NABI:

* lihat Para Rasul

PARA RASUL:

* Al-Ustaz Abu Sa'id berkata: "Bermimpi melihat para nabi ada dua kemungkinan. Mungkin merupakan khabar gembira dan mungkin juga suatu peringatan. Pertama melihat hal atau keadaannya yang sebenar. Ini menunjukkan orang yang bermimpi itu baik, sempurna, mulia dan menang dari musuh-musuhnya. Kedua, melihat nabi tidak seperti keadaannya yang sebenar. Misalnya dia melihat nabi dalam keadaan cemberut atau masam mukanya. Ini menunjukkan buruknya keadaan orang yang bermimpi itu dan bersangatan musibah yang diterimanya tetapi akhirnya Allah melapangkannya. Kalau dia bermimpi melihat seolah-olah dia membunuh nabi, itu menunjukkan bahawa dia tidak menunaikan amanah menyalahi janji."

RASUL:

* lihat Para Rasul

SAHABAT DAN TABIIN:

* Sesiapa yang melihat salah seorang dari mereka atau sekalian mereka dalam keadaan hidup, maka melihat itu dikira kuat agamanya. Ini juga menunjukkan bahawa yang bermimpi itu akan memperoleh ketinggian dan kemuliaan. Kalau ada orang yang melihat seolah-olah dia termasuk sahabat atau tabiin, maka dia akan menghadapi kesusahan, tetapi akhirnya mendapat kelapangan. Kalau selalu melihat mereka, maka akan lapang kehidupan.

SINGA 

o Suara singa: mendengar suara singa bererti takut kepada raja yang zalim.
Share this article :

0 komentar:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

Advertise

Indonesian Blogger

Banner iskaruji dot com
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2011. Tempat Belajar Blog - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template